Tuesday 12 November 2013

Hatred

Nothing much I can say here ,

As the feeling is now empty ,

Everything has changed ,

Not only me ,

The surrounding also ,

has C H A N G E D ,

But ,

I'll get used to it someday !

I've loss some people in my life ,

and life must go on ,

I've been ignored by a person a lot ,

Repeatedly ,

and I did believe shits always happen in life ,

but now ,

I'll just back off from everything ,

and make my life simple ,

Pretending everything will be fine ,

While my heart is actually ,

Burning in flame.

Sunday 3 November 2013

Puisi dari Sofa Biru

Terbaca himpunan puisi dan ni salah satu puisi yang agak deep jugak.


I would have called 
and tell you
of this dream I had
of us

there was this amazing garden
with the sound of chirping birds
and the smell of fresh tulips
we talked
and laughed

so hard, so much
the way we so often do

I would have called you
I would have told you everything
if you weren't too busy
too busy loving her.


'Just A Dream' dalam himpunan puisi Sofa Biru - Nadhira Brundage. 

Saturday 26 October 2013

JIMK - Dahlia





Novel ni dah lama aku baca, tahun lepas. Sebelum dia famous lagi, tak sangka pulak sekarang dah jadi drama dekat tv.

Aku agak teruja bila tengok Farid Kamil yang berlakon. Sebab dia segak mungkin. Nak dijadikan cerita novel Jodoh Itu Milik Kita, singkatan dia JIMK bagi Sara Aisha. Aku bertungkus lumus nak habiskan novel ni dalam 1 hari jugak, akhirnya aku habiskan dalam masa 4 jam. Subuh baru tidur waktu tu kat Melaka.

Kenangan baca novel ni pulak, aku terlebih feel sampai menangis. Ni bagi aku agak lucu la sebab aku tak pernah lagi menangis bila baca novel rasa macam geli semacam je. Tapi jujur novel ni aku menangis sebab aku rasa watak Dahlia atau Lia dalam novel ni cam terasa gitu. 

Part nak hujung-hujung baru la meleleh mata ni, bukan meleh mengantuk. Touching bila seorang isteri meluahkan perasaan yang dia terlalu sayang dan suka kan suaminya dan setiap kali dia luahkan suami dia hanya balas 

 " Jangan sayang atau suka saya Lia "

 Apa perasaan kita bila orang tu menolak kita indirectly? Cuma dalam cerita ni, Dahlia tak putus asa sampai satu tahap, dia minta maaf sebab sayangkan lelaki tu dan untuk sekian kalinya dia meluahkan perasaan dia dan minta diri untuk pergi jauh. Masa itu jugak la ego seorang lelaki turun, lalu meluahkan segala benda yang terbuku.

Dari pandangan aku pulak, Dahlia sendiri pilih untuk menyayangi orang yang tak membalas perasaan sayang itu. Walaupun bertepuk sebelah tangan dan sakit hati dia masih dengan keputusannya. Tak salah juga nak mencuba dan menunggu andai membuahkan hasil. Cuma tabahlah hati andai kekecewaan yang bakal dialami. Bagi aku,

   " When loving you is the most painful thing in this world and I still choose to love you because it makes me happy. Happy in pain. The most greatest feeling ever " 

Cuma aku tertanya-tanya semua lelaki macam tu ke? Ego? Pendam perasaan? Apa bestnya pendam perasaan? Sebab kebanyakan lelaki yang aku kenal dalam hidup ni agak ego dan pendam perasaan. Bila perempuan give up baru turunkan ego. Tapi lelaki jugak yang nasihat perempuan jangan ego sangat. Haih, dunia-dunia....macam-macam hal. 

Konklusinya, JIMK ni sebenarnya macam novel lain juga cuma yang ni buat aku menangis dan aku salute. Ngeheheheh! Selamat membaca bagi yang baru beli novel ni.

Assalamualaikum

Friday 11 October 2013

Hadiah dari lelaki

Lelaki. 


Kau dah naik tangan, 

Kau dah seret aku, 

Kau dah tengking aku,

Dah berdesing telinga ni,

Maki? 

Sekarang kau cari aku,

Like it was nothing,

Asking for another fucking damn chance ?

Memang aku datang jauh-jauh

Untuk sepak terajang.

Itu katanya sayang, terlalu sayang katanya

GILA! 

Nasib perasaan sayang aku untuk orang lain.

Terima kasih untuk sepak terajang dan makian sayang tu.

Wednesday 2 October 2013

Saturday 28 September 2013

Kekuatan

Asing 

Baru sahaja aku memulakan langkah 

dengan nafas baru 

Langkah ku terhenti 

di persimpangan penuh persoalan

Buntu 

Kusut

Tolongggg 

Kau berikan aku nafas ini 

Tapi kau pergi 

Tanpa menoleh kepadaku lagi

Kaku

Kosong 

Tolongggg

Tolonggg

Tolongggggg

Jangan pergi? 

Aku merayu............

Assalamualaikum




Thursday 19 September 2013

Barang oh Barang


"In life when you have to choose between two things, just find a new thing. Don't decide."


Kadang - kadang kita sukar nak buat pilihan , sampai dua - dua kita nak kalau boleh. Untuk melepaskan barang kedua terbaik sebenarnya agak susah. Terutama barang yang kita sayang. 




Aku terjumpa tweet ni semalam dan terfikir betul jugak apa yang dia tweet ni. Kadang - kadang kita biar hati sendiri sakit sebabkan orang lain. Kita juga terima apa yang orang beri walaupun perit untuk hati kita terima.

Bak kata orang muda masa kini, " just go with the flow " 
Flow tu sebenarnya kita yang tentukan , korang gunakan masa untuk melambatkan semua benda dalam diam.

HAHAHAHA okay bye ! 



Assalamualaikum 

Thursday 12 September 2013

Ops! Terpijak tahi.

Tahi.


Aku bagi muka ,

Kau ludah ,

Kau ludah , 

Kau jilat ,

Tak jijik ke? 

Tak malu? 

HAHAHAHA

Oh manusia! 

Sunday 8 September 2013

Fantasi

Derapan langkah kakinya yang kian menjauh, 

Asing ..............

Dan perasaan itu hilang ,

Kosong, 

Ahhhhhhhh.....

Ayuh kembali ke alam nyata ,

Hentikan ini semua! 

Dia telah tiada!! 

Assalamualaikum


Friday 6 September 2013

Buat seseorang

Bicara umum....

Dia insan yang aku rasa seperti memahami aku, insan yang sentiasa berada ditepi aku.
Insan ni tak lekang dengan kata-kata semangat dan adakalanya dia memberi nasihat tanpa diduga.
Dia sanggup menemani aku tanpa mengira waktu 
Masuk air bersama, haha dan merepek bersama.
Tak sangka tak lama lagi aku akan kehilangan dia.
Haha kehilangan kenalan rapat yang awesome.

Dan teman sekelas aku yang dipanggil 'mak' dia acap kali berpesan 
  'Don't get too attach' 
Mak berpesan dalam suasana gurau senda tapi aku tahu itu hint yang terbaik.

 ' Time will reveal everything that is hidden , so I will wait for that moment to come ' 

Time also can bring us down. Accept that.
Daku mengalami sesi transformasi. Moga transformasi ini kearah kebaikan lah. 
Aku dah merepek dan melalut lebih-lebih.
Selamat maju jaya kawan ! Dan selamat mengalami transformasi wahai diri! 

Assalamualaikum

Tuesday 27 August 2013

Manis

Berharap pada yang tak pasti ibarat berpaut pada ranting yang bakal patah.

Aku rindu saat manis itu.

Manis yang sukar ditafsir atau disusun menjadi ayat.

Kekosongan yang sukar untuk diisi. 

Aku yang bersalah. 

Maafkan aku. 

Sunday 18 August 2013

Jodoh

Dan kalau dia sememangnya jodoh kau ,

Dia tetap jodoh kau . 

Assalamualaikum

Friday 26 July 2013

Keraguan

Masalah ! 

Sana sini masalah ,

Itu ini masalah ,

Argh! 

KAU MEMANG BERMASALAH ! 


Assalamualaikum

Monday 1 July 2013

Sayang?

Dalam marah ,

Ada sayang ,

Dalam geram ,

Ada sayang ,

Dalam rindu ,

Ada sayang ,

Dalam tangis ,

Ada sayang ,

Dalam bahagia ,

Ada sayang ,

Sayang itu apa?

Aku buntu. 



Assalamualaikum

Monday 24 June 2013

Perpisahan

Kehidupan semakin rumit ,

Masalah kian bertambah, 

Masa ku semakin suntuk, 

Aku ingin bertemu dengan mu,

Untuk bicarakan sesuatu,

Sesuatu yang menyesakkan dada,

Berat untuk ku luahkan,

Namun ku harus menyatakannya,

Yang aku bakal,

Meninggalkanmu,

Selamat Tinggal



Assalamualaikum.

Saturday 11 May 2013

Akrasa

Sepertinya aku menghabiskan 
sepertiga hayatku merindukan kamu 
sepertiga lagi menulis puisi puisi rindu yang kononnya
bukan buat kamu 
dan 
sisanya memikirkan bagaimana caranya untuk berhenti 
memikirkanmu


Petikan dari 'Cinta Dramatik Melawan Graviti'
Puisi Sang Frued Press 


Assalamualaikum.

Tuesday 9 April 2013

Malamku tanpamu.


Bisikkan pada bulan ,

Temanilah malam ku ,

Pulangkan lah teman ku ,

Kasih ku ,

Rindu ku ,

Khabarkan pada bintang ,

Temanilah tidur ku ,

Temanilah jiwa yang sunyi ini ,

Biarkan malam berlalu sepi ,

Sesepi hati ini ,

Khabarkan pada mentari ,

Usah terangi hidupku ,

Biar dunia ku kelam ,

Sekelam hati ini ,

Biar malam ku ,

Ditemani bulan dan bintang ,

Dan sepi.


Assalamualaikum.

Monday 8 April 2013

Rasakan.

Tak semua tahu apa yang kita rasai dan lalui ,

Tak semua pernah lalui ,

Tak semua boleh menilai dengan apa yang didengari ,

Tak semudah itu untuk berkata-kata.


Assalamualaikum.

Kenangan Terindah

Saat kita berkenalan ,

Saat kita tertawa gembira ,

Saat kita bersedih hiba ,

Saat kita merajuk manja ,

Saat kita bertikam lidah ,

Saat kita bergurau senda ,

Saat kita bermadu kasih ,

Saat hidup kita terisi dari kekosongan ,

Saat kau ada aku ,

Saat aku ada kau ,

Saat kita bersama , 

Kini hanya tinggal kenangan terindah buat diriku. Semoga kau berbahagia di alam sana kasih. Terma kasih kerana menceriakan hariku dengan telatahmu. Sungguh aku rindu kau, Ya Allah , sungguh aku rindu ! 



Assalamualaikum

Sunday 31 March 2013

Menanti sesuatu yang tak pasti adalah pembaziran.

Assalamualaikum

Tuesday 26 March 2013

#QistinaAliyah



Dia hadir tanpa dipinta……

Qistina berlari kearah umi dan walidnya....

“Umi !!!!!! Walidddddd” teriak si gadis awal 20-an. Puan Mastura dan Encik Ilham yang sedang bersantai di laman rumah mereka kelihatan terkejut dengan jeritan anak tunggal mereka.

“Bang , anak  you tu kenapa?” bisik isteri Encik Ilham. Si suami hanya menjungkit bahu dan tersenyum sambil melambai tangan kearah permata hatinya.

‘Ahhhh cepatnya masa berlalu, anak gadis aku dah besar’ hati kecil tua itu berbisik.

Qistina terus menyalam tangan kedua ibubapanya dan terus memeluk tubuh umminya.

“Qistina ada benda nak bagitau ke?” soal si walid. Hati mana yang tenteram apabila terdengar pekikan anaknya.

“Heeeeee, qis saje buat gimik jerit kuat-kuat”

“Laaa budak bertuah ni, buat umi susah hati je tahu”

“Qis rasakan umi walid, qis dah jatuh cinta laaa. “ tenang sungguh bicara Qistina. Encik Ilham hanya tersenyum melihat telatah anak gadisnya.

‘Masakan Qistina jatuh cinta, dia hanya mempunyai dua teman baik lelaki.. tapi hubungan mereka sekadar teman baik..’

“Danish ke Nuqman ni yang Qis dah jatuh suka?” soal si umi. Terhambur gelak tawa dari bibir mungil Qistina.

“Umi ni,dorang tu macam abang Qis je….dorang protect Qis bila kitaorang hang out tau…tak mungkin laa Qis suka one of them. Habis kena gelak dengan walid nanti” seloroh Qis.

“Habis tu?” soal si walid

“Nazmi nama dia……hehehehe jiran si Nuqman tu. Dia handsome tau umi tapi dia taktau lah yang Qis suka dia..yang tahu Nuqman dengan Danish je”

“Laaaa kalau dah suka confess je la, walid lagi suka kalau Qis confess. Nanti takde la kecewa kemudian hari.”nasihat seorang bapa kepada anaknya. Umi hanya mengangguk sambil mengusap bahu Qistina. Dia memahami gelodak hati anak gadisnya.


‘Ahhh jiwa muda, begini la.. layankan saje’

“Qis bukan taknak confess walid, cuma biarlah kawan dulu. Qis belum bersedialah nak bercinta cintun ni…dah kenal hati budi nanti terus nikah je. Ahahahahah boleh kan umi?”

“Banyak la awak punya nikah….manja dengan umi dengan walid boleh ke nak duduk  jauh dari kami ni…..” duga Puan Mastura

“Duduk jauh apanya, suruh lah suami Qis duduk sini dengan kita” jawab si Qistina yang enggan berpisah dengan ibubapanya.

Puan Mastura dan Encik Ilham hanya mampu menggelengkan kepala. Anak oh anak !

Dua bulan berlalu dengan sepi…….


“Walid….Qis rasakan Qis tak boleh la dengan Nazmi”

Walid yang sedang berkebun dibelakang rumah terus berpaling memandang si anak yang berdiri tegak sambil memandang kakinya. Aduh, cembengnya muka.

“Well, I don’t want to ask you why but I know you’re gonna tell me”

“Come sit beside me” gazebo menjadi tempat pilihan mereka. Qistina Aliyah membontoti langkah bapanya. Hatinya merudum pilu….

Si anak masih diam membatu.

‘Dah kenapa pulak budak ni…buat hati aku susah je’

“Walid….”

“Yeeee…..”

“Nazmi dah nak kahwin…..huwaaaaaaaaa!!!” terus meraung tanpa segan silu.
Terkedu Encik Ilham sebentar..

“Qis, jangan macam ni sayang…. Jodoh itu rahsia ALLAH sayang. Kalau itu yang dah tertulis buat Nazmi dan Qis, Qis tak boleh lawan nak..Qis kena belajar terima hakikat walau seperit mana pun ia….”

“Tapi walid, hati ni rasa sedih, sakit , kecewa. Qis sedih walid….Qis tak sangka Nazmi takde perasaan langsung kat Qis.” Luah si anak sambil memeluk bapanya.

‘Anak manja!’ getus hati si tua.

“Ye, walid tahu hati rasa sakit, pedih, perit…. But you have to face it no matter what..tahu tak Qis akan jadi orang yang lebih tabah lagi bila Qis boleh terima hakikat kehidupan ini”

Qistina Aliyah hanya mampu mengeluh dalam kekecewaan……







Kecewa itu normal bukan??

Assalamualaikum.

SATU


Ada ke manusia yang tidak punya perasaan dalam dunia ni?

Aku tertanya juga....

Takkan tiada sekelumit perasaan pun ? 

Perasaan sayang? 

Gembira?

Sedih? 

Terharu?

Mungkin marah?

Kecewa?

Ya, perhaps kecewa? 

Aku hanya tertanya...... ahhhh abaikan! 


Assalamualaikum.